PM Wen Jiabao diwawancara wartawan Malaysia dan Indonesia di Beijing pada 25 April 2011
Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dan Indonesia hari ini. Semasa ditemubual oleh wartawan kedua-dua negara, beliau berkata, ini merupakan kali pertama beliau melawat Indonesia secara rasmi sebagai PM dan lawatan kali kedua ke Malaysia dalam tempoh 6 tahun lalu. Beliau yakin lawatannya kali ini akan mencapai kejayaan melalui bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin- kedua-dua negara secara mendalam dan berinteraksi dengan rakyat pelbagai golongan di Malaysia dan Indonesia.
Beliau juga memuji perkembangan hubungan antara China dengan Indonesia, Malaysia dan ASEAN. Beliau berkata, China bekerjasama dengan ASEAN untuk bersama-sama mengatasi krisis kewangan global. Kedua-dua pihak juga saling membantu semasa gempa bumi Wenchuan dan Tsunami Indonesia. Ini mencerminkan hubungan persahabatan antara China dengan negara-negara anggota ASEAN.
Wen Jiabao berkata, China mengemukakan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12, sementara Indonesia pula mengemukakan Peta Pembangunan Ekonomi Jangka Sederhana dan Panjang. Kedua-dua rancangan ini memberi peluang kerjasama kepada China dan Indonesia. Beliau mengemukakan cadangan untuk merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara melalui 6 aspek berikut: meningkatkan hubungan di peringkat tinggi, merapatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi, meningkatkan kerjasama maritim, meningkatkan kerjasama dalam bidang sosio budaya, meningkatkan kerjasama duahala di bawah rangka China-ASEAN serta meningkatkan kerjasama dalam isu antarabangsa dan serantau. Indonesia merupakan negara anggota Kumpulan 20 dan negara membangun yang penting di arena antarabangsa. Indonesia memainkan peranan yang semaikan penting di dunia. China berharap untuk mempertingkat kerjasama dan hubungan dengan Indonesia supaya dapat bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan serta mendorong kemajuan dan kemakmuran di dunia
Wen Jiabao turut berkata, hubungan kerjasama antara China dengan Malaysia mempunyai masa depan yang baik. Beliau menyatakan, tiga perkata berikut perlu diutamakan untuk membangunkan hubungan dua hala, iaitu yang pertama meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi. Malaysia merupakan rakan perdagangan yang terbesar bagi China di ASEAN. Jumlah perdagangan dua hala mencecah 74.2 bilion Dolar Amerika pada tahun lalu. China dan Malaysia perlu bersama-sama menjaga keseimbangan perdagangan serta meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. Kedua, China dan Malaysia perlu meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan serta sains dan teknologi, kerana generasi muda bertanggungjawab untuk membangunkan hubungan China-Malaysia pada masa depan. Ketiga, China dan Malaysia perlu meningkatkan pelaburan. Menurut Wen Jiabao, beliau akan mengemukakan cadangan supaya kerjasama dalam bidang kewangan ditingkatkan. Beliau yakin bahawa hubungan China dan Malaysia akan mencapai tahap baharu melalui projek-projek kerjasama tersebut.
Wen Jiabao berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 hubungan dialog China-ASEAN (CAFTA). Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN juga ditubuhkan tahun lalu. Oleh sebab itu, jumlah perdagangan antara China dengan Indonesia terus berkembang dengan peningkatan 40% pada suku pertama tahun ini. Dasar keutamaan terhadap syarikat kecil dan sederhana perlu diperbaiki supaya CAFTA boleh memberikan manfaat kepada pembangunan ekonomi di semua negara anggota ASEAN.