Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas dari Beijing hari ini ke Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia selama 4 hari. Ini lawatan pertama bagi beliau tahun ini.
Wen Jiabao dijadual mengadakan sesi rundingan dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia. Pertemuan untuk bertukar-tukar pandangan ke arah merapatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang kepentingan bersama selain meneruskan kerjasama yang saling menguntungkan.
Menurut Kementerian Luar China, lawatan Perdana Menteri, Wen Jiabao akan meningkatkan hubungan yang lebih kukuh antara China dengan negara-negara ASEAN bagi mewujudkan kestabilan dan kemakmuran serantau.