Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang dalam rangka lawatan ke Malaysia diraikan dalam majlis makan malam oleh Dato' Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam. Terlebih dahulu, dalam pertemuan kedua-dua pemimpin, Wen Jiabao berkata, hubungan persahabatan tradisional dan kerjasama China-Malaysia telah mencapai hasil yang menggalakkan. Kedua-dua kerajaan sedang berusaha untuk mengembangkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Justeru, beliau berharap kerjasama strategik akan diperhebatkan ke arah yang lebih cerah hubungan dua hala.
Nato' Seri Najib Tun Razak yakin lawatan Wen Jiabao kali ini dapat meningkatkan hubungan kerjasama strategik ke satu tahap yang lebih tinggi.