China dan Malaysia menandatangani perjanjian saling mengiktiraf ijazah institusi pengajian tinggi pagi tadi. Upacara menandangani turut disaksikan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara.
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, perjanjian itu akan merancakkan lagi interaksi dan pertukaran pelajar Malaysia-China.
Sempena lawatan Wen Jiabao beberapa perjanjian kerjasama yang melibatkan bidang ekonomi, latihan tenaga profesional, pembinaan infrastruktur dan telekomunikasi turut dimeterai.