Perdana Menteri China, Wen Jiabao merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan perubatan antarabangsa Indonesia yang telah menyumbang kepada persahabatan rakyat kedua-dua negara.
Beliau menyatakan demikian ketika bertemu dengan pasukan tersebut yang telah menyertai misi penyelamat mangsa gempa bumi Wenchuan, Provinsi Sichuan China hari ini.
Wen Jiabao berharap agar China dan Indonesia terus bekerjasama untuk mencegah dan mengurangkan bencana.
Pasukan tersebut berkata ketika menjalankan tugas menyelamat di Wen Chuan, hubungan erat dijalinkan dengan rakyat China. Mereka bersedia untuk terus membantu dalam kerja-kerja seumpama itu.