Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan ke Indonesia selepas Malaysia.
Dalam ucapan sebaik tiba, Wen Jiabao berkata, lawatannya kali ini mencerminkan kesungguhan China mengukuhkan lagi persahabatan dan kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua negara. Beliau juga berharap lawatannya dapat memperluaskan hubungan rakan strategik sekali gus memberi sumbangan kepada keamanan dan kemakmuran serantau.
Dalam rangka lawatannya, Wen Jiabao dijadual mengadakan rundingan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan bertemu dengan tokoh masyarakat tempatan.