Cari:
Wen Jiabao Berinteraksi dengan Pelajar UM
2011-04-29 10:33:50 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan rasmi ke Malaysia semalam. Sejurus tiba di negara tersebut, Wen Jiabao melawat Universiti Malaya di Kuala Lumpur untuk berinteraksi dengan mahasiswa-mahasisiwa di sana.

Para mahasisiwa UM memakai pakaian tradisional Melayu dan mengalu-alukan Perdana Menteri China, Wen Jiabao di luar Dewan Tunku Canselor. Dalam ucapannya di UM Wen Jiabao berkata,

"Saya suka berinteraksi dengan golongan muda, melalui cara ini saya boleh memahami perasaan, aspirasi dan harapan mereka. Ini tidak bermakna saya akan mengajar mereka apa-apa, tetapi saya memperoleh harapan, kebahagiaan dan kekuatan daripada mereka."

Ucapan beliau mengujakan semua mahasiswa UM di Dewan Tunku Canselor. Universiti Malaya merupakan universiti yang bersejarah yang terbesar di Malaysia. Ramai graduan UM menjadi tokoh masyarakat negara tersebut, termasuk bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Universiti itu menjadi destinasi pertama dalam rangka lawatan Wen ke Malaysia. Menurut beliau,

"Pada pandangan saya, pendidikan merupakan bidang yang paling penting dalam hubungan antara negara. Oleh sebab itu, saya memilih UM sebagai destinasi pertama lawatan saya ke Malaysia."

Hubungan China dan Malaysia amat rapat dalam bidang pendidikan. UM bekerjasama dengan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) menubuhkan Akademi Konfusius pertama di Malaysia. Kedua-dua negara akan mempertingkat kerjasama dalam bidang pendidikan dalam lawatan ini. China dan Malaysia akan saling memperaku ijazah kedua-dua institusi. Ini mencerminkan perasaan saling menghormati kedua-dua negara terhadap budaya dan tamadun masing-masing. Wen Jiabao berkata,

"Pendidikan akan menjadi kuda yang berlari di depan hubungan kerjasama kedua-dua negara."

Semasa sesi interaksi mahasisiwa UM bertanya mengapa Wen Jiabao sebagai graduan geologi tidak menjadi ahli sains tetapi menjadi ahli politik. Wen Jiabao berkongsi pengalaman politiknya dengan pelajar-pelajar UM dan memberi nasihat kepada mereka bahawa tindakan lebih penting daripada kedudukan.

Akhirnya, Wen Jiabao merakamkan terima kasih kepada UM. Beliau berkata,

"Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berkomunikasi dengan mahasiswa dan pensyarah UM."

Mahasiswa UM, Mohd. Amir Abdullah yang mendapat peluang untuk mengemukakan pertanyaan kepada Wen Jiabao berkata,

"Dia seorang yang berpandangan jauh, yang sangat futuristik. Saya rasa sangat bertuah sebab dapat bercakap dengan orang yang luar biasa. Saya sangat berpuas hati sebab dia menjawab dengan sangat bernas."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China