Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas pulang ke tanah air dengan pesawat khas selepas mengakhiri lawatan empat hari Ke Indonesia dan Malaysia. Lawatan itu dianggap satu kejayaan dalam mencartakan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai sektor baru.
Sebelum berlepas pulang, Perdana Menteri China sempat mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan di Jakarta hari ini.
Wen Jiabao menyanjung tinggi sumbangan Surin bagi pembangunan hubungan China-ASEAN dan akan menyokong usaha pembangunan dengan Asean. .
Dr Surin Pitsuwan turut menghargai peranan China dalam mengendalikan isu serantau, dan kerjasama di Asia Timur. Kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai sambutan sempena ulang tahun ke 20 jalinan dialog China-ASEAN