Dalam Dialog Perniagaan Strategik China-Indonesia di Jakarta, Perdana Menteri China turut menekan pentingnya kerjasama dua hala yang menjurus kepada kemanan dan kemakmuran serantau.
Tegas Wen Jiabao, walaupun kerjasama China-Indonesia dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan dan kewangan memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat kedua-dua negara, namun lebih penting lagi ia turut memberi kesan kepada ekonomi serantau.
Dialog disertai 180 orang peserta, termasuk Naib Presiden Indonesia, pegawai kerajaan dan usahawan dari kedua-dua negara.