Cari:
Wen Jiabao Akhiri Lawatan di Malaysia dan Indonesia
2011-05-01 14:26:32 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengakhiri lawatan rasmi 4 hari di Malaysia dan Indonesia, dan pluang ke tanah air malam semalam.

Sebanyak 30 buah perjanjian kerjasama dua hala yang melibatkan kontrak berjumlah 13 bilion dolar Amerika dimeterai dalam rangka lawatan tersebut.

Menteri Luar China, Yang Jiechi berkata, lawatan kali ini amat bermakna kerana dilakukan pada tahun pertama bagi China melaksanakan "Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12". Lawatan itu turut memperlihatkan dasar luar kerajaan China yang memandang negara jiran sebagai rakan baik dan konsep pembangunan berdasarkan prinsip damai, kerjasama dan muafakat bestari. Hal ini penting bagi meningkatkan persefahaman antara China dengan Malaysia dan Indonesia dari segi politik dan strategi, sehingga mengukuhkan asas kerjasama dua hala dan pertukaran di kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China