Cari:
Lawatan Wen Jiabao ke Malaysia dan Indonesia Memperkukuh Persahabatan dan Kerjasama
2011-05-01 15:36:42 CRI Cetak

Lawatan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Malaysia dan Indonesia mencapai hasil yang menggalakkan yang menjurus peningkatkan persefahaman dan kerjasama dua hala. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi yang mengiringi Wen Jiabao dalam lawatan tersebut.

Yang Jiechi berkata, lawatan Wen Jiabao kali ini amat bermakna kerana ia bertepatan dengan pelancaran "Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12" pada tahun ini. Lawatan itu turut memperlihatkan dasar luar kerajaan China yang memandang negara jiran sebagai rakan perkongsian dan penegasan konsep pembangunan berdasarkan prinsip damai, kerjasama dan muafakat bestari. Hal ini penting bagi meningkatkan persefahaman antara China dengan Malaysia dan Indonesia dari segi politik dan strategi, yang membolehkan asas kerjasama dua hala dan pertukaran di kalangan rakyat, dapat dicapai.

Kerjasama ekonomi antara China dengan dua negara di Asia Tenggara, dapat membawa manfaat secara langsung berdasarkan kelebihan masing-masing. Malaysia merupakan negara dagang terbesar di rantau ASEAN bagi China dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Di samping itu, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Indonesia turut berkembang pesat sejak tahun kebelakangan ini, khususnya dalam sektor pelaburan langsung. Menurut Wen Jiabao, dasar keutamaan kepada Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperluas kerjasama pragmatik antara China dengan kedua-dua negara ASEAN tersebut.

Dalam rangka lawatan Wen Jiabao kali ini, sebanyak 30 perjanjian kerjasama telah dimeterai oleh China dengan Malaysia dan Indonesia, melibatkan kontrak bernilai 13 bilion dolar Amerika. Hasil lawatan yang dicapai dengan pemeteraian perjanjian tersebut turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa, dan memperlihatkan kerjasama dua hala berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan menjurus kemakmuran serantau.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China