Cari:
Syarikat Asia-Pasifik Bincang Carigali Gas dan Minyak di Laut Dalam
2011-05-18 15:21:30 Agensi Berita China Cetak

Seminar Minyak dan Gas Laut Dalam Asia-Pasifik ke-3 yang disertai oleh syarikat petroleum dari China, Indonesia, Vietnam dan beberapa negara yang lain di Shanghai, membincangkan masa depan penerokaan minyak dan gas di Asia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Para peserta berpendapat, pelbagai syarikat minyak milik negara di Asia, termasuk Petronas Malaysia, PetroVietnam, Jabatan Petroleum Thailand (PTT) dan Syarikat Minyak Luar Pesisir Kebangsaan China (CNOOC) telah meningkatkan peruntukan dalam bidang penerokaan dan carigali di laut dalam. Menurut jangkaan, dengan berkurangnya sumber minyak di darat, minyak dan gas dari laut, khususnya dari laut dalam akan menjadi sumber yang penting pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China