Cari:
Sekolah Antarabangsa di Sempadan China-Myanmar
2011-06-02 13:18:22 CRI Cetak
Pada Hari Kanak-kanak Antarabangsa yang disambut pada 1 Jun semalam, seorang murid Myanmar, Lazhua, berumur 13 tahun, bangun awal pagi dan memakai pakaian seragam sekolah serta mengayuh basikal ke sekolah rendah yang terletak di kampung Yunjing, wilayah China untuk bersama-sama rakan dari China merayakan sambutan itu.

Di sekolah rendah tersebut, terdapat 49 orang murid Myanmar seperti Lazhua. Mereka juga dapat menikmati dasar pendidikan wajib China yang percuma.

Kampung Yunjing terletak di mukim Jiexiang bandar Ruili, provinsi Yunnan. Kampung ini menghubungkan China dan Myanmar. Sekolah yang terletak di kampung itu dikenali sebagai "sekolah rendah sempadan pertama di China". Murid-murid sekolah itu datang dari kampung di kawasan sempadan China dan Myanmar.

Menurut penerangan pos pengawal sempadan Yinjing, di kampung Yunjing, penduduk China dan penduduk Myanmar mempunyai nenek moyang yang sama serta bahasa dan adat resam yang sama.

Sekolah rendah tersebut terletak 200 meter dari pos pengawal sempadan Yinjing. Pada tahun 2008, pos itu menandatangani perjanjian dengan bekas Sekolah Rendah Yunjing untuk bersama-sama membangunkan "Sekolah Rendah Sempadan Yunjing". Pegawai pos itu dilantik sebagai Guru Besar Kehormat sekolah itu. Ketika ini, murid Myanmar merupakan 43% daripada jumlah murid sekolah itu.

Guru Besar sekolah itu, Sun Jialiang berkata, oleh sebab mereka berada di kawasan sempadan yang ekonominya tidak begitu maju, terdapat 10 orang murid miskin dari China dan 12 orang dari Myanmar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekolah itu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk secara berterusan kepada murid miskin. Selain berusaha supaya murid Myanmar dapat menikmati dasar kerajaan China berkenaan seperti murid China, Pos Pengawal Sempadan Yinjing juga telah menubuhkan Tabung Program Matahari untuk membantu murid dari keluarga miskin yang prestasi pembelajarannya bagus.

Menurut maklumat, Pos Pengawal Sempadan Yinjing mengedarkan kad keluar masuk China percuma kepada murid Myanmar tanpa diminta bayaran. Mereka juga telah memasang beberapa perakam cctv di kedua-dua tepi jalan yang menghubungkan pintu keluar masuk sempadan selama 24 jam sehari untuk memastikan keselamatan murid Myanmar dalam perjalanan pagi dan balik sekolah di samping memerangi kegiatan jenayah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China