Cari:
Meneroka Potensi Kerjasama daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 China
2011-06-07 12:32:04 CRI Cetak

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 China yang bermula tahun ini menarik perhatian dunia, termasuk negara-negara ASEAN yang berpotensi mengambil peluang perniagaan daripada rancangan tersebut. Rancangan pembangunan China tersebut juga akan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara ASEAN serta kerjasama pragmatik antara negara-negara di Pan Kawasan Teluk Beibu.

Dalam seminar yang bertemakan "Rancangan Pembangunan China Lima Tahun Ke-12" yang diadakan di Bangkok baru-baru ini, Gabenor Bank Kasikorn Thailand, Banthoon Lamsam berkata, kalangan korporat dan syarikat perlu meneliti perkembangan terkini dalam kerjasama China-ASEAN dan mengambil peluang untuk memajukan perniagaan sendiri. Kata beliau: "Syarikat-syarikat Thailand seharusnya mengambil tahu tentang hala tuju perkembangan ekonomi China pada masa depan kerana ia boleh menjadi panduan dalam perdagangan dengan China dan menarik pelaburan dari China."

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan China-ASEAN, Encik Xu Ningning berkata, hubungan kerjasama antara China dengan ASEAN terus bertambah kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Kerajaan pelbagai provinsi di China kini memberikan tumpuan kepada kerjasama dengan negara-negara ASEAN ketika menggariskan rancangan pembangunan masing-masing untuk lima tahun akan datang. Beliau turut memberikan cadangan kepada syarikat-syarikat dari China dan Thailand untuk memperluas kerjasama antara satu sama lain, iaitu meneroka potensi kerjasama berdasarkan Pelan Tindakan Lima Tahun Ke-12 China-ASEAN dan meningkatkan perkongsian maklumat dan kerjasama dalam pelbagai sektor industri. Beliau juga menyarankan syarikat-syarikat di rantau ASEAN supaya meningkatkan usaha dalam meneroka pasaran yang begitu besar di China dan menarik lebih banyak pelaburan dari China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China