Cari:
Peniaga ASEAN Berminat Melabur di Bahagian Barat China
2011-06-08 14:34:14 CRI Cetak

Kerjasama ekonomi dan pelaburan antara China dengan negara-negara ASEAN boleh terus ditingkatkan lagi dengan kelebihan masing-masing yang saling melengkapi dari segi sumber alam, struktur inudustri dan daya pengeluaran. Demikian pandangan dan juga hasrat yang dilahirkan oleh para peserta Sidang Promosi Pelaburan Peniaga Cina ASEAN di Bahagian Barat Daya China Ke-9 yang diadakan di Kunming, Provinsi Yunnan baru-baru ini.

Hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN dikatakan melonjak ke satu tahap yang baharu dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada awal tahun 2010. 7,000 jenis produk, iaitu antara 90% produk yang diperdagangkan antara China dengan ASEAN kini menikmati status bebas tarif. Jumlah perdagangan China-ASEAN mencecah 292.7 bilion dolar Amerika pada tahun 2010, sekali gus menjadikan China sebagai rakan perdagangan terbesar bagi ASEAN.

Ratusan syarikat ASEAN yang menyertai sidang promosi tersebut menunjukkan minat untuk melabur di bahagian barat China. Naib Pengurus Besar Kumpulan Goldenlink Kemboja, Encik Yang Zonglin berkata, "provinsi Yunnan mempunyai kelebihan sendiri dalam sektor perlombongan dan industri pertanian. Kami ingin membawa beberapa jenis produk Kemboja ke sini, seperti beras dan getah."

Presiden Persatuan Cina Thailand pula memberitahu wartawan bahawa penubuhan CAFTA menjadi rangsangan yang kuat kepada peningkatan perdagangan antara China dengan ASEAN. Semakin banyak perusahaan Thailand berhasrat merebut peluang pelaburan di provinsi Yunnan.

Presiden Kumpulan Lippo Indonesia, Mochtar Riady yang juga Naib Presiden Persatuan Peniaga Cina Indonesia, memberikan pandangannya terhadap prospek kerjasama antara China dengan ASEAN. ASEAN dan China boleh saling melengkapi dari segi sumber alam dan pasaran. Sebagai contoh, negara-negara ASEAN mempunyai iklim yang lebih baik untuk memajukan industri pertanian, maka hasil pertaniannya boleh dieksport ke China yang mempunyai pasaran amat besar dengan 1.3 bilion penduduk. Di samping itu, China boleh melabur dalam sektor pembuatan di rantau ASEAN untuk menjayakan transformasi industrinya di kawasan pesisir pantai timur. Perkara ini juga membantu memperkenalkan teknologi pembuatan kepada negara-negara ASEAN yang industri pembuatannya belum begitu maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China