Cari:
Bagaimana Jakarta Atasi Masalah Kesesakan Lalu Lintas?
2011-06-10 14:22:27 CRI Cetak

Jakarta, bandar raya metropolitan yang terbesar di rantau Asia Tenggara kini menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Jakarta yang didiami 15 juta orang penduduk mempunyai kenderaan yang mencecah 9.5 juta buah. Angka ini meningkat tiga kali ganda berbanding 10 tahun lalu. Kesesakan lalu lintas selalu berlaku di Jakarta akibat pembinaan jalan raya yang tidak seiring dengan perkembangan Jakarta sejak beberapa tahun lalu. Menurut statistik, kesesakan lalu lintas mengakibatkan kerugian ekonomi yang berbilion dolar Amerika kepada Jakarta pada setiap tahun.

Pelbagai langkah dan peraturan telah dikemukakan oleh kerajaan tempatan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Antara peraturan yang amat menarik ialah semua kenderaan yang bergerak di jalan utama di kawasan bandar mesti membawa tiga orang atau lebih penumpang pada masa puncak. Walau bagaimanapun, peraturan itu tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan sehingga ke akar umbinya, malah timbul para "boneka" yang diminta menumpang kereta orang lain dengan dibayar.

Sekarang, pihak berkuasa tempatan merancang langkah-langkah baharu untuk mengatasi masalah tersebut, termasuk memasang sistem pembayaran automatik di jalan raya. Langkah ini diambil untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya pusat bandar. Namun, kesan langkah tersebut masih tidak dapat dipasti memandangkan ramai yang terpaksa memandu kereta ke pusat bandar kerana pengangkutan awam yang tidak sempurna.

Menurut pandangan pakar, kesesakan lalu lintas antara masalah yang dihadapi bandar-bandar besar di seluruh dunia. Dalam konteks ini, tiga perkara perlu diberikan perhatian untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama, mengawal keluasan kawasan bandar dan populasi di sesebuah bandar; kedua, mengawal jumlah kenderaan berdasarkan peraturan pelepasan gas dan memusnahkan kereta lama; ketiga, menyempurnakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan penduduk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China