Cari:
Lawatan Haixun 31 ke Singapura
2011-06-22 14:33:20 CRI Cetak
Kapal maritim awam China "Haixun 31" membuat lawatan selama lima hari ke Singapura serta mengadakan hari terbuka di negara tersebut.

Rombongan "Haixun 31" melawat Pusat Kawalan Pengangkutan Kapal Singapura dan Pusat Latihan Penyelamat Laut Singapura serta membuat perbincangan dengan pihak berkenaan Singapura semalam. Ketua rombongan kali ini, Ketua Pengarah Jabatan Maritim Guangdong, Liang Jianwei berkata, rombonganya akan berunding dengan jabatan maritim Singapura mengenai masalah penyelamatan maritim, berkongsi pengalaman, merealisasikan perkongsian maklumat serta memperluas kerjasama, untuk bersama-sama meningkatkan tahap dan keupayaan perkhidmatan keselamatan maritim dan penjagaan alam sekitar laut.

Ini merupakan kali pertama kapal maritim awam China melawat Singapura. Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Pengangkutan, Jabatan Maritim Kapal China, Zhou Min berkata

"Kedua-dua pihak berbincang mengenai masalah yang menjadi perhatian bersama berdasarkan undang-undang dan perjanjian maritim antarabangsa, berbincang tentang kerjasama China-Singapura di kawasan kawalan maritim Singapura serta mempelajari pengalaman Singapura tentang kawalan maritim yang maju untuk merealisasikan kerjasama yang saling menggalakkan. "

Ketibaan rombongan "Haixun 31" dialu-alukan oleh Singapura d. Timbalan Presiden Suruhanjaya Keselamatan Laut, Pertubuhan Maritim Antarabangsa merangkap Ketua Pengarah, Jabatan Kawalan Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), Muhammad Segar semasa berucap mengalu-alukan rombongan China mengatakan bahawa lawatan "Haixun31" merupakan sebahagian daripada kerjasama maritim antara kedua-dua negara. Ini juga mencerminkan kerjasama tersebut sudah diperluas. Menurut beliau,

"Lawatan Haixun 31 mengukuhkan hubungan kerjasama maritim antara China dengan Singapura. Selepas lawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Maritim China, Chen Aiping, lawatan kali ini memberikan rasa saling mempercayai kepada kedua-dua pihak dan mendorong hubungan dua hala ke tahap baharu."

"Haixun 31" mengadakan aktiviti hari terbuka pada petang 21 Jun semasa lawatannya di Singapura. Kira-kira 50 orang penduduk tempatan, wakil dari Jabatan Pelabuhan dan Maritim, pelajar Akademi Maritim Singapura diundang melawat kapal.

Rombongan "Haixun 31" akan meneruskan lawatan mereka di Singapura. Menurut rancangan, rombongan ini akan mengadakan pertandingan bola sepak dan bola keranjang dengan pihak Singapura bagi meningkatkan hubungan persahabatan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China