Cari:
CAFTA Membantu Wujudkan Rangkaian Industri Serantau yang Lebih Berdaya Saing
2011-07-12 15:52:56 CRI Cetak

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang beroperasi pada awal tahun lepas menyediakan peluang kepada syarikat serantau untuk bekerjasama mewujudkan rangkaian industri yang lebih berdaya saing. Demikian pandangan para peserta yang menghadiri Sidang Kerjasama Industri China-ASEAN di Kunming, provinsi Yunnan China baru-baru ini.

Ketua Pengarah Bahagian Integrasi Pasaran Sekretariat ASEAN, Encik Subash Bose Pillai berkata, dasar bebas cukai CAFTA memberikan sokongan kepada syarikat kedua-dua pihak. Ia menggalakkan perdagangan China-ASEAN serta meningkatkan daya saing barangan kedua-dua pihak dalam pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, walaupun tindakan mengimport bahan mentah dari China akan mengurangkan lebihan dagangan ASEAN dengan China, namun hal itu tidak akan menjejaskan syarikat perkilangan di kawasan itu.

Pegawai Jabatan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China, Mao Tianyu pula berkata, dalam proses pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), kedua-dua pihak perlu mendorong penyelarasan industri dalam bidang berpotensi yang dapat saling melengkapi dan meningkatkan daya saing industri serantau.

Dalam tempoh persidangan itu, Suruhanjaya Kerjasama Kopi China-ASEAN telah ditubuhkan ke arah mengadakan usaha sama penanaman, teknologi pemprosesan dan pemasaran. Persatuan itu dianggotai oleh persatuan syarikat kopi China dan ASEAN. Selain mengadakan mesyuarat dan pameran, suruhanjaya itu akan terlibat dalam latihan untuk menggalakkan perkongsian maklumat. Berdasarkan kemudahan dalam rangka Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), suruhanjaya itu boleh bertindak membantu syarikat terlibat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan mutu pelbagai produk kopi serta merangsang pertumbuhan sektor kopi serantau.

Kini, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN bertambah erat. Menurut statistik, jumlah perdagangan China-ASEAN mencatat USD$ 140.8 bilion dalam lima bulan tahun ini. Jumlah itu meningkat 26% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, yang berpihak kepada Asean sebanyak USD$ 8.8 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China