Cari:
Peningkatan Kerjasana China-ASEAN untuk Galakkan Pembangunan Ekonomi
2011-07-25 14:49:00 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum ASEAN baru sahaja berakhir di Pulau Bali. Menteri Luar China, Yang Jiechi menyatakan, kerjasama China-ASEAN yang melibatkan pelbagai bidang dan kalangan telah memperkukuh dasar saling menguntungkan, mewujudkan permuafakatan bestari dan membangun bersama-sama bagi pelbagai negara terlibat.

Yang Jiechi menyatakan bahawa sejak China dan ASEAN menjalinkan hubungan dialog pada 20 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua pihak telah meningkat dari tahap hubungan berjiran baik ke hubungan rakan strategik. Kerjasama pragmatik kedua-dua pihak yang terus diperluas dan diperdalam amat berhasil. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) beroperasi dengan lancar. China merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN. Jumlah perdagangan bilateral meningkat dari USD 7.9 bilion pada tahun 1991 ke USD 292.8 bilion pada tahun lalu. Sejak bulan April lalu, ASEAN berkembang menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China.

Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan, perkembangan hubungan ASEAN-China berfaedah kepada kestabilan dan kemakmuran ekonomi serantau. ASEAN berharap untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi China yang pesat.

Pengerusi mesyuarat Forum ASEAN kali ini, Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan, bukan hanya ASEAN dan juga China boleh mendapat keuntungan daripada hubungan rakan strategik yang wujud sekarang antara kedua-dua pihak.

Yang Jiechi menyatakan, China dan ASEAN membangun bersama-sama hingga menjadi hab pertumbuhan ekonomi baharu di dunia. China akan mengekalkan prinsip saling menguntungkan dan permuafakatan bestari, mengambil tindakan untuk mewujudkan sasaran pelan tindakan lima tahun hubungan rakan strategik China-ASEAN, dan berusaha merealisasikan sasaran perdagangan bilateral pada USD 500 bilion. Selain itu, China akan berusaha merapatkan hubungan antara syarikat dan industri kedua-dua pihak, meningkatkan tahap kemudahan perdagangan dan pembangunan CAFTA.

Yang Jiechi menyatakan, China akan menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Kesalinghubungan ASEAN dan Pelan Strategik Kerjasama Pengangkutan China-ASEAN, serta sedia berbincang dengan ASEAN untuk mewujudkan kesalinghubungan di laut. Selain itu, China berharap melalui Pusat China-ASEAN yang akan dibentuk, pertukaran lawatan kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelancongan, pendidikan, kebudayaan, media dan golongan muda dapat dipertingkat.

Menteri-Menteri Luar Negara ASEAN menyambut baik sokongan China terhadap Pelan Tindakan Kesalinghubungan ASEAN melalui penubuhan Tabung Kerjasama Pelaburan China-ASEAN. Mereka berharap tabung itu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelan tindakan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China