Demikian dinyatakan oleh wakil perunding perdagangan antarabangsa yang juga Naib Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam sidang media di Beijing hari ini.
Beliau berkata, jumlah perdagangan China-ASEAN telah mencecah USD 171.12 bilion pada enam bulan pertama tahun ini.
China telah menjadi rakan perdagangan terbesar bagi ASEAN. Manakala, ASEAN sudah mengatasi Jepun menjadi rakan perdagangan ketiga terbesar bagi China.
Katanya, China telah menyediakan pinjaman berjumlah USD 12.2 bilion kepada ASEAN untuk projek pembinaan jambatan, jalan dan stesen janakuasa elektrik.