"Penyanyi Vietnam dan China dalam pertandingan tahun lalu amat hebat. Persahabatan kedua-dua negara dan kedua-dua parti juga ditingkatkan melalui pertandingan pada tahun lalu. Mereka juga prihatin untuk memilih lagu yang sesuai. Semua lagu tentang hubungan persahabatan mendapat sambutan penonton. Ini merupakan pencapaian yang paling besar dalam pertandingan tahun lalu"
Majlis Perasmian "Bersama-sama Menyanyi demi Persahabatan" tahun 2011 diadakan di Dongxing, Guangxi China pada 14 Julai lalu. Presiden Tran Manh Hung yang melawat China sebagai pihak penganjur dan berbincang dengan pihak China mengenai peraturan pertandingan tahun ini. Beliau berpuas hati terhadap kerja persiapan pertandingan tahun ini. Beliau berkata,
"Kami memandang pertandingan nyanyian ini sebagai aktiviti budaya yang bermakna dan diminati oleh rakyat kedua-dua negara. QTV sudah bersedia untuk pertandingan yang akan diadakan di Quang Ninh, Vietnam pada November nanti."
Walaupun kerja persiapan pernah terjejas oleh masalah Laut China Selatan, namun Tran Manh Hung berkata,
"Hubungan persahabatan China-Vietnam merupakan harta yang penting bagi rakyat kedua-dua negara. Kita perlu menjaga hubungan itu. Saya yakin bahawa pertandingan ini akan menjadi jambatan persahabatan antara kedua-dua negara dan mendorong pembangunan hubungan dua hala. Pertandingan tahun lalu diadakan dengan jayanya, justeru pertandingan tahun ini juga akan mencapai hasil dan memberikan kenangan indah kepada rakyat kedua-dua negara."
"Bersama-sama Menyanyi demi Persahabatan" dianjurkan bersama CRI, Jabatan Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Guangxi, VTC dan QTV Vietnam. Para peserta akan bertanding dalam pertandingan di China, di Vietnam, ataupun menyertai pertandingan melalui laman web.