Cari:
Kerjasama Pelancongan China-Vietnam Capai Hasil yang Memuaskan
2011-08-11 15:02:19 CRI Cetak

Mong Cai dan Teluk Ha Long antara destinasi pelancongan Vietnam yang sudah tidak asing lagi bagi pelancong China. Kini, pelancong China mempunyai lebih banyak pilihan ketika melawat Vietnam dengan beberapa pakej baharu yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. Pakej itu memboleh warga China menghayati pemandangan yang indah lagi unik di bahagian selatan Vietnam, iaitu Sai Kung, Mui Ne dan My Tho. Perkara ini memperlihatkan kerjasama yang semakin meningkat antara China dengan Vietnam dalam bidang pelancongan.

Kerajaan Vietnam memberikan tumpuan kepada pembangunan industri pelancongan pada beberapa tahun yang lalu. Dalam konteks ini, China yang berjiranan dengannya dianggap sumber pasaran pelancong yang utama bagi Vietnam. Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Hoang Tuan Anh berkata: "China antara sumber pelancong yang paling besar bagi Vietnam. Kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara diharapkan terus meningkat pada masa akan datang."

Ekspo China-ASEAN yang diadakan pada setiap tahun di Guangxi, China telah menerajui kerjasama pelancongan antara negara-negara serantau, khususnya mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di rantau ini. Dalam pameran "bandar mempesona" sempena ekspo itu, tapak pelancongan di beberapa bandar Vietnam seperti Hanoi, Ho Chi Minh dan Ha Long menjadi semakin popular dalam kalangan penduduk China. Pihak berkuasa tempatan di beberapa bandar pelancongan Vietnam kini juga aktif bekerjasama dengan pelbagai provinsi di China bagi mempromosikan sumber pelancongan mereka dan menawarkan pakej lawatan yang berprestij kepada pelancong China.

Di samping itu, Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang ditubuhkan pada awal tahun 2010 juga memberikan dorongan kepada kerjasama pelancongan China-Vietnam. Kini, kedua-dua negara sedang berusaha untuk membina zon kerjasama pelancongan antarabangsa yang membolehkan aktiviti lawatan tanpa visa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China