Cari:
Garis Panduan Pentadbiran Yingluck Diragui Pembangkang
2011-08-24 13:07:34 CRI Cetak

Perdana Menteri baharu Thailand, Yingluck Shinawatra semalam mengumumkan garis panduan pentadbiran kerajaan baharu beliau, yang menegaskan tugas utama bagi membangunkan ekonomi dan mendorong perdamaian. Walau bagaimanapun, janji-janji Parti Pheu Thai yang dibuat semasa kempen pilihan raya tidak dimasukkan dalam garis panduan itu. Oleh itu, garis panduan tersebut segera diragui pembangkang. Kerajaan baharu serta merta menghadapi cabaran selepas ditubuhkan.

Berdasarkan agenda berkenaan, Dewan Perwakilan akan membincangkan dan membahaskan garis panduan itu selama dua hari selepas diumumkan oleh Yingluck. Presiden Parti Demokrat yang juga mantan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva berharap kerajaan baharu tidak mengelak daripada menunaikan janji-janjinya dalam garis panduan itu, dan memberikan kesan kepada rakyat bahawa parti politik seolah-olah mengeluarkan cek lambung hanya untuk mendapatkan undi. Sebaliknya, kerajaan baharu sepatutnya membuat penjelasan berhubung setiap janji dan dasar yang sudah dibuat, dan meyakinkan rakyat serta bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Contohnya, Parti Pheu Thai mengumumkan dalam pilihan raya bahawa pendapatan harian minimum sebanyak 300 Baht, dan menegaskan dasar berkenaan akan segera dilaksanakan. Namun, berdasarkan garis panduan yang diumumkan tersebut, tindakan itu akan hanya dilaksanakan pada Januari tahun 2012. Selain itu, perkataan "pendapatan harian minimum" juga diubah menjadi "pendapatan harian menyeluruh" tidak kurang 300 Baht. Tambahan lagi, dasar tersebut dilaksanakan terlebih dahulu bagi kakitangan kerajaan dan sistem syarikat milik negara. Namun, taraf pendapatan golongan tersebut lebih tinggi daripada syarikat swasta dan pekerja biasa dalam kalangan masyarakat. Justeru, tindakan tersebut amat diperlukan dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, walaupun pasukan ekonomi kerajaan baharu sangat kuat, namun mereka tetap menghadapi cabaran besar untuk mengubah kelemahan pembangunan ekonomi dalam jangka pendek, menyekat inflasi dan kenaikan harga barangan secara berkesan dan menghampiri atau memenuhi janji yang telah dibuat.

Selain itu, mantan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra merupakan suatu unsur yang sensitif dan penting bagi kerajaan baharu. Thaksin telah memulakan lawatannya ke Jepun kelmarin dengan mengetepikan percanggahan dan bantahan yang keras domestik. Ini mengakibatkan kerajaan Yingluck diragui pembangkang.

Penganalisis berpendapat, jangka masa setengah tahun hingga setahun selepas berkuasa merupakan ujian bagi kerajaan baharu. Jika gagal melaksanakan tindakan yang menggalakkan pembangunan ekonomi, memulihkan keyakinan kalangan ahli perniagaan terhadap kerajaan dan meyakinkan penyokong Parti Pheu Thai dalam pilihan raya, apa yang telah dibuat parti tersebut dan Thaksin kebelakangan ini akan sia-sia, bahkan asas sokongan rakyat yang dikumpulkan dalam jangka panjang pun akan goyah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China