Cari:
Ekspo China ASEAN Menyediakan Peluang Perniagaan
2011-09-08 15:15:38 CRI Cetak
Pameran khas untuk perkhidmatan perdagangan akan diadakan semasa Ekspo China-ASEAN ke-8 di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 21 hingga 26 Oktober depan. Pameran tersebut diadakan untuk mendorong kerjasama dan interaksi antara kedua-dua pihak dalam bidang kewangan, pelancongan dan perkhidmatan pendidikan.

Perkhidmatan pengurusan kewangan individu, perkhidmatan kewangan bagi syarikat dan perkhidmatan perundingan dan maklumat kewangan akan dipromosikan dalam pameran perkhidmatan kewangan sempena Ekspo China-ASEAN ke-8. Pameran ini akan menyediakan satu platform bagi para peserta pameran ini untuk bekerjasama dan bersama-sama menghadapi cabaran. Bank China, Bank Pembinaan China dan Bank Pertanian China bakal menyertai pameran kali ini.

Forum Pemimpin Pembangunan dan Kerjasama Kewangan China-ASEAN ke-3 juga akan diadakan semasa ekspo tersebut. Pemimpin institusi kewangan kerajaan, pegawai kanan syarikat kewangan antarabangsa, pakar kewangan dan wakil syarikat akan menyertai forum kali ini. Mereka akan bersama-sama membincangkan kaedah untuk mendorong pembangunan ekonomi serantau.

China dan ASEAN juga mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang pelancongan. Kedua-dua pihak boleh berkongsi sumber pelancongan yang istimewa masing-masing. Oleh itu, pameran pelancongan juga akan pertama kali diadakan semasa Ekspo China ASEAN. Pameran ini akan mempromosikan destinasi pelancongan di China dan negara-negara ASEAN untuk memberikan para peserta peluang kerjasama serta mempamerkan imej negara dan bandar.

Berdasarkan pengalaman Ekspo China-ASEAN yang lalu, ekspo kali ini juga akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada pada peserta, supaya ekspo kali ini berjaya dan berkesan. Semasa ekspo, pihak penganjur juga akan mengadakan pelbagai jenis aktiviti untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para peserta.

Selain itu, sebanyak lebih 170 media dari seluruh dunia akan menyertai dan membuat liputan tentang ekspo kali ini. Berdasarkan peluang ini, pihak media juga akan berusaha untuk mencari peluang kerjasama bagi menyiarkan maklumat perniagaan antara China dengan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China