Cari:
Duta Besar Vietnam ke China: Peningkatan Hubungan Vietnam-China Selaras dengan Kepentingan Rakyat Kedua-dua Negara
2011-09-09 17:07:22 CRI Cetak

Peningkatan hubungan Vietnam-China bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, malah berfaedah kepada kedamaian dan kemakmuran serantau dan dunia. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar Vietnam ke China, Encik Nguyen Van Tho dalam temu bual bersama-sama wartawan CRI baru-baru ini.

Nguyen Van Tho berkata, Vietnam telah mencapai pembangunan yang amat menggalakkan sejak usaha pembaharuan pada 25 tahun yang lalu dilaksanakan. Vietnam mengalami perubahan yang besar berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan taraf hidup rakyat terus meningkat dari semasa ke semasa. Di samping itu, Vietnam juga menunjukkan prestasi yang semakin tinggi di arena antarabangsa.

Mengenai hubungan Vietnam dengan China, Duta Besar itu berkata, China tetap merupakan rakan dagang yang terbesar bagi Vietnam. Jumlah perdagangan dua hala mencatat hampir USD30 bilion pada tahun 2010. Angka ini telah mencecah USD18 bilion pada setengah tahun pertama tahun ini, iaitu meningkat 41% berbanding masa yang sama tahun lepas. Beliau berkata: "Kerjasama persahabatan Vietnam-China mencapai hasil yang amat memuaskan dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan pertahanan. Kerjasama dua hala ini telah membawa keuntungan realistik kepada rakyat kedua-dua negara. Berdasarkan persepakatan yang dicapai oleh pucuk pimpinan Vietnam-China ke arah menjalinkan hubungan rakan kerjasama strategik yang menyeluruh, badan kerajaan dan kerajaan tempatan antara kedua-dua negara juga proaktif memperluas kerjasama dan pertukaran antara satu sama lain.

Mengenai isu Laut China Selatan, Nguyen Van Tho berkata, Vietnam dan China telah berjaya menyelesaikan dua isu sejarah yang agak rumit berdasarkan prinsip persahabatan tetangga yang baik dan saling menghormati. Kedua-dua negara akan berusaha menyelesaikan isu Laut China Selatan berdasarkan Undang-undang Antarabangsa dan "Deklarasi Tindak Laku Pelbagai Pihak Laut China Selatan" yang dicapai antara ASEAN dengan China. Isu ini boleh diselesaikan dengan baik menerusi rundingan dan tidak sewajarnya menjejaskan hubungan dua hala pada keseluruhannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China