Cari:
Kedutaan Malaysia Sambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-54
2011-09-14 18:04:39 CRI Cetak

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin (tengah) bersama-sama pegawai CRI.

Kedutaan Besar Malaysia di China mengadakan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke 54 dan Hari Malaysia ke 48 di Beijing hari ini. Majlis sambutan itu turut dihadiri oleh Penolong Menteri Luar China, Zhang Kunsheng, Duta-Duta Asing di Beijing termasuk dari Jepun, Indonesia, Thailand, Singapura, Nigeria, Bosnia dan rakyat Malaysia yang berada di sekitar Beijing.

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini amat bermakna dan dalam kemeriahan suasana Aidil fitri yang masih disambut umat islam.

Menurut Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin, beliau berharap generasi muda akan lebih menghayati erti kemerdekaan dan memelihara kedaulatan bangsa terutama yang berada di luar negara. Beliau sendiri akan melancarkan usaha untuk mendekati dan memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia di China mengenai pengertian sebenar kemerdekaan dan perjuangan memertabatkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini selaras dengan harapan pemimpin negara yang mahu interaksi kerajaan dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terus dipertingkatkan. Ini supaya mereka tidak ketinggalan mendapat maklumat mengenai perkembangan terbaru dan isu semasa di tanah air.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China