Cari:
23 Orang Doktor China Mula Bertugas di Singapura
2011-09-30 15:04:33 CRI Cetak

Menurut laporan "Lianhe Zaobao", Kementerian Kesihatan Singapura telah mengambil 23 graduan daripada institut perubatan China untuk berkhidmat dengannya. 8 daripada mereka sudah memulakan tugas pada Mac lalu.

Kesemua pengambilan baharu itu, akan terlebih dahulu menjalani latihan selama sebulan di Hospital Dr. Tan Tock Seng dan Hospital Umum Singapura sebagai persediaan. Langkah itu untuk memberi pendedahan mengenai keadaan penjagaan kesihatan tempatan selain mengatasi masalah komunikasi dan budaya.

Setakat penghujung tahun lalu, terdapat 9,030 orang doktor yang telah mendaftarkan diri di Singapura . Bagaimanapun, lulusan daripada institut perubatan negara itu tidak dapat menampung kekurangan doktor. Untuk menyelesaikan masalah itu, di samping menerima lebih ramai pelajar institut perubatan, kerajaan Singapura juga mengambil lulusan daripada institut perubatan dari luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China