Cari:
Eksport ASEAN Tidak Lagi Bergantung Kepada AS
2011-09-30 12:29:36 CRI Cetak
Kemerosotan ekonomi AS memberikan impak negatif kepada ekonomi Asia Tenggara. Namun sistem ekonomi di kawasan ini sudah ditingkatkan berikutan krisis kewangan pada tahun 1997 dan 2008. Struktur perdagangannya menjadi lebih seimbang, pelaburan ekonomi dan perdagangan di kawasan ini berkembang secara positif dan pelaburan dari luar negara terus meningkat. Oleh itu, badan ekonomi di kawasan Asia Tenggara mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi risiko, sementara kedudukan strategik ASEAN di kawasan ini dan seluruh dunia turut berubah.

Menurut laporan Sekretariat ASEAN, ekonomi ASEAN sudah pulih kerana dirangsangkan oleh peningkatan eksport dan permintaan domestik. Perdagangan antara negara anggota ASEAN juga berkembang dengan pesat. Jumlah pelaburan antara negara anggota ASEAN pertama kali melebihi USD10 bilion pada tahun lalu. Pelaburan dari negara luar kawasan ini berkembang secara seimbang. Setakat ini, pelaburan dari China, Jepun dan Republik Korea dan pelaburan dari Amerika-Eropah masing-masing menduduki 20% dalam kesemua pelaburan di kawasan ini.

Modal asing di pasaran Singapura buat pertama kali melebihi USD10 trilion pada Mac tahun ini. Berbanding dengan kemerosotan peluang pekerjaan di Amerika dan Eropah, bank dan badan kewangan di Singapura menyediakan banyak pekerjaan baharu pada tahun ini. Ini kerana ekonomi China dan ASEAN sedang dalam era perkembangan.

Perubahan struktur eksport ASEAN mencerminkan keupayaan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi Amerika dan Eropah bagi negara-negara ASEAN sudah ditingkatkan. Perubahan tersebut berlaku berikutan tiga unsur. Pertama, dinamik ekonomi di kawasan ini meningkat. Kedua, kedudukan pasaran ASEAN dalam rantaian industri dunia berubah. Dan akhirnya, pembangunan ekonomi China menyuntik tenaga baharu kepada ekonomi ASEAN.

Menurut pakar ASEAN, negara-negara di kawasan ini sukar menjamin jumlah eksport tanpa bantuan pembangunan pasaran China, akibat kemerosotan ekonomi di AS dan Eropah. Permintaan domestik China meningkat, pasarannya juga terbuka, memungkinkan negara-negara ASEAN dapat mengeksport lebih banyak barang ke China. Hubungan perdagangan China dan ASEAN berpotensi tinggi.

Perkembangan perdagangan turut mencerminkan kedudukan strategik ASEAN sudah meningkat. Pada masa ini, negara-negara penting di dunia, termasuk Rusia dan India memperluas kerjasama dengan ASEAN. Hubungan ASEAN dengan Amerika dan Eropah juga berubah.

Menurut penganalisis, walaupun ekonomi ASEAN tidak lagi bergantung kepada AS dan Eropah, namun hubungan kedua-dua pihak dalam bidang politik dan ketenteraan tidak merosot. Sebaliknya, hubungan tersebut ditingkatkan kerana kebergantungan ekonomi ASEAN terhadap China. Negara-negara berkenaan berminat untuk mencari sokongan politik dan ketenteraan dari Barat bagi menjaga keseimbangan antara kedua-dua kuasa penting di dunia. Oleh itu, dasar ASEAN terhadap China goyah pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China