Saintis dari China, Profesor Yuan Longping memenangi Anugerah Sains Mahathir 2011 atas sumbangannya kepada pembangunan pertanian tropika.
Profesor Yuan yang digelar "Bapa Padi Hibrid", mulai melakukan penyelidikan terhadap padi kacukan pada 1960-an, dan mempopularkan penanamannya pada 1970-an. Padi kacukan itu kemudian ditanam di pelbagai negara di Asia dan Afrika, yang turut menjadi sumber makanan di kawasan yang mengalami kebuluran.
Anugerah tersebut dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2004 bagi mengiktiraf para saintis dan institusi yang menyumbang kepada masyarakat menerusi kajian tropika.