Kerjasama perdagangan antara China dengan ASEAN berpotensi besar kerana China perlu memperluas perdagangan dengan ASEAN memandangkan Eropah dan A.S. dilanda krisis hutang.
Demikian dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan yang juga ahli ekonomi yang terkemuka China, Cheng Siwei di Jakarta, Indonesia semalam.
Menurut beliau, rakan eksport utama China seperti Eropah, A.S. dan Jepun sedang mengalami krisis ekonomi.
Permintaan mereka yang semakin berkurangan pasti membawa pengaruh negatif kepada ekonomi China.
Oleh itu, China perlu mengubahkan kaedah pembangunan ekonomi, beralih ke pertumbuhan berdasarkan permintaan dalam negeri dan terus memperluas kerjasama dengan rakan dagang di ASEAN, Amerika Latin dan Afrika.
Cheng Siwei menunjukkan bahawa walaupun tahap perkembangan China dan negara anggota ASEAN berlainan, namun ekonomi kedua-dua pihak saling melengkapi. Maka, kerjasama antara China dengan ASEAN pasti saling menguntungkan dan bermanfaat bagi keselamatan dan kestabilan serantau.