China-ASEAN ke-8 akan dirasmikan pada 21 Oktober ini. Ekspo kali ini merupakan sebahagian acara yang penting sempena sambutan Ulang Tahun ke-20 Hubungan Dialog China dan ASEAN.
Ekspo itu mendapat perhatian dan harapan daripada pelbagai pihak.
Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat China-ASEAN Pushpanathan Sundram berkata, Ekspo kali ini akan mempamerkan hasil kerjasama dalam tempoh 20 tahun dan pencapaiannya selepas penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).
Dilaporkan sebanyak 4,943 ruang pameran telah ditempah oleh negara asing, melebihi 23.6% daripada anggaran sebelum ini. Pusat Perniagaan Antarabangsa Taipei buat pertama kalinya mengatur penyertaan sektor korporat Taiwan dalam pameran kali ini. Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam telah mengesahkan penyertaan mereka.
Selain itu, Jepun, Korea Selatan, Kanada dan Finland juga aktif menyertai Ekspo tersebut.
Pameran Teknologi Tinggi juga menjadi acara tetap sepanjang Ekspo berlangsung. Turut diadakan, Dialog mengenai dasar China-ASEAN dan Pameran Teknologi Tenaga Suria bagi menggalakkan kerjasama dalam bidang tersebut.








