Cari:
Banjir Jejaskan Ekonomi Thailand
2011-10-11 13:06:33 CRI Cetak

Banjir yang berterusan telah melanda kawasan utara dan tengah Thailand selama lebih dua bulan. Setakat ini, bencana tersebut menjadi lebih serius, sementara kematian ekoran banjir turut meningkat. Selain itu, banjir tersebut juga menjejaskan ekonomi Thailand.

Kerajaan Thailand berusaha untuk menjalankan kerja menyelamat. Masyarakat antarabangsa turut menghulurkan bantuan kepada kawasan bencana. Sehingga kini, 269 orang terkorban, empat orang hilang dan kira-kira 2.7 juta penduduk di 30 wilayah menjadi mangsa dalam bencana banjir kali ini.

Keadaan bencana di Ayutthaya, Nakhonnayok dan Pathum Thani menjadi lebih serius berikutan jumlah hujan meningkat di kawasan tersebut. Banjir hebat yang dijangka melanda dalam tempoh beberapa hari ini akan menjejaskan bandar Bangkok. Jalan raya dari bandar tersebut ke kawasan utara dan tengah Thailand terus rosak.

Banjir tersebut turut menjejaskan ekonomi Thailand. Menurut Menteri Kewangan, Thirachai Phuvanatnaranubala, banjir yang sudah berlarutan selama lebih dua bulan telah menyebabkan kerugian ekonomi bernilai USD 1.94 bilion kepada Thailand. Angka itu menduduki 0.6% dalam KDNK negara tersebut. Menurut unjuran Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Sosial Thailand, jumlah kerugian akibat banjir akan mencecah USD 2.58 hingga 2.9 bilion.

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membuat tinjauan ke kawasan bencana dan mengunjungi mangsa-mangsa di Ayutthaya pada 10 Oktober lalu. Beliau menegaskan bahawa semua markas penyelamatan dan pegawai-pegawai tempatan perlu berusaha untuk membantu penduduk mengatasi bencana banjir. Semua sistem peparitan di kawasan pantai perlu digunakan untuk mengatasi hujan lebat akibat taufan.

Selain melaksanakan kerja menyelamat, kerajaan Thailand turut meminta bantuan antarabangsa. Menurut Kementerian Luar, selain sumbangan derma dari Kedutaan Besar Thailand dan masyarakat keturunan Thailand di luar negara, kementerian berkenaan juga mengumpulkan derma sebanyak empat juta Baht untuk kawasan bencana.

Kerajaan asing dan pertubuhan antarabangsa turut memberikan bantuan kepada Thailand. Kedutaan Besar China ke Thailand menderma USD 1 juta dan barangan bantuan bernilai RMB 10 juta kepada kerajaan Thailand. Selain itu, Amerika Syarikat, Jepun dan New Zealand juga memberikan bantuan untuk bencana banjir melalui Persatuan Palang Merah Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China