Cari:
Minggu Kebudayaan ASEAN
2011-10-11 15:51:39 CRI Cetak

Festival Kesenian Asia ke-12 yang juga Pesta Kebudayaan dan Kesenian Chongqing ke-3 bertemakan "Minggu Kebudayaan ASEAN" dirasmikan di Bandar Chongqing semalam.

Menteri Kebudayaan China, Cai Wu dan Timbalan Menteri Koordinator Bidang Kesejahteraan Rakyat, Indonesia Prof Dr H.R. Agus Sartono masing-masing menyampaikan ucapan.

Menurut Cai Wu, festival kali ini amat bermakna kepada hubungan China dan Asean yang telah menjangkau usia 20 tahun. Festival itu juga lambang hubungan persahabatan dan kerjasama yang pragmatik yang akan terus ditingkatkan.

Agus Sartono yang berucap mewakili Asean berkata, Festival Kesenian Asia merupakan temasya yang meriah bagi rakyat di pelbagai negara Asia. Aktiviti ini akan meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China