Cari:
Skop Pameran Ekspo China-ASEAN ke-8 Diperluaskan
2011-10-12 14:04:01 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN ke-8 menampilkan konsep yang berbeza selain memperluaskan skop pamerannya.

Disamping penyediaan lebih 3 ribu gerai di Pusat Konvesyen dan Pameran Antarabangsa Naning, pihak penganjur juga mengadakan pameran profesional di Dewan Pameran Guangxi dan Pusat Pameran Huanancheng Nanning.

Keseluruhan gerai pameran kali ini adalah sebanyak 4600 unit yang sekaligus mencatatkan rekod baharu.

Pada ekspo kali ini, lebih banyak syarikat ASEAN yang terkemuka turut menyertai termasuk Bank DBS dan Vinacafe. Malaysia dan Thailand mempamerkan produk dari getah, kelapa sawit, dan sumber galian.

Ekspo itu juga menjadi platform memperkenalkan jenama ASEAN yang terkenal dan merupakan pameran terbesar menempatkan komoditi negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China