Cari:
Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Meningkat Sejak Penjalinan Hubungan Dialog 20 Tahun Lalu
2011-10-12 15:30:44 CRI Cetak

Kerjasama pendidikan antara China dengan negara-negara anggota ASEAN semakin meningkat sejak penjalinan hubungan dialog China-ASEAN pada 20 tahun lalu. Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China yang terletak berdekatan dengan negara-negara ASEAN menjadi destinasi yang popular kepada pelajar negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut statistik, jumlah pelajar dari negara-negara ASEAN yang belajar di Guangxi mencatat enam ribu orang pada tahun 2010, dan tempat ribu daripadanya ialah pelajar dari Vietnam. Sementara itu, lebih lima ribu pelajar dari Guangxi melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi di pelbagai negara ASEAN. Angka ini menunjukkan Guangxi menghantar pelajar yang paling ramai dari negara ini ke negara-negara ASEAN.

Kini, sebanyak 25 buah institusi pengajian tinggi di Guangxi layak menerima pelajar dari negara-negara ASEAN. Ini termasuk Universiti Perguruan Guangxi yang menerima lebih 1,000 pelajar dari pelbagai negara ASEAN. Selain itu, Guangxi juga menawarkan biasiswa sebanyak RMB 1 juta kepada pelajar negara-negara ASEAN bermula tahun 2011.

Beberapa institusi pengajian tinggi di Guangxi juga menawarkan kursus bahasa Mandarin di pelbagai negara ASEAN. Usaha ini telah mendapat sokongan dan bantuan yang bersepadu daripada Ibu Pejabat Akademi Konfusius Negara. Seramai 300 orang pensyarah sukarela dari Guangxi telah ditugaskan untuk mengajar bahasa Mandarin di beberapa negara ASEAN termasuk Thailand dan Filipina sejak tahun 2006. Di samping itu, Universiti Guangxi, Universiti Perguruan Guangsi dan Universiti Etnik Minoriti Guangxi telah menubuhkan enam buah Institut Konfusius di Thailand, Laos dan Indonesia melalui kerjasama dengan universiti tempatan. Institut Konfusius tersebut telah menarik lebih 10 ribu orang pelajar tempatan mengikuti kursus bahasa Mandarin. Universiti Etnik Minoriti Guangxi juga telah menubuhkan Akademi ASEAN bagi memupuk modal insan yang berprestij untuk menyumbang kepada hubungan kerjasama China-ASEAN.

Ketua Pejabat Kerjasama dan Interaksi Antarabangsa Jabatan Pendidikan Guangxi, Yang Lin berkata, jumlah pelajar dari Guangxi dan negara-negara ASEAN yang melanjutkan pelajaran antara satu sama lain mencatat 10 ribu orang pada masa ini. Angka ini diharapkan boleh mencecah 30 ribu orang menjelang tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China