Bagi menghadapi keadaan serantau dan antarabangsa yang semakin kompleks , China berhasrat untuk menjalinkan hubungan yang lebih strategik dan komprehensif dengan Vietnam.
Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, China mahu mengadakan usahasama dalam bidang sains dan teknologi dengan negara itu, untuk meningkatkan daya saing dan keupayaan pembangunan berterusan serta menghadapi cabaran ekonomi pasaran terbuka.
Beliau berkata demikian ketika menemani Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong melawat Pusat Pameran kawasan Demostrasi Inovasi Kebangsaan Zhongguancun di Beijing.
Nguyen Phu Trong berkata, kedua-dua negara mempunyai ruang untuk bekerjasama dalam bidang teknologi tinggi untuk menambah peranan masing-masing.