Majlis Penasihat Peringkat Menteri ASEAN + 3 Mengenai kerjasama Membanteras Jenayah Transnasional ke-5 diadakan di Pulau Bali, Indonesia. Selain 10 anggota ASEAN, mesyuarat itu turut dihadiri China, Jepun dan Republik Korea.
Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan dan wakil pemimpin negara berkenaan menghadiri sidang tersebut.
Semua peserta menyatakan komitmen untuk bekerjasama bagi membanteras pelbagai jenayah transnasional demi memelihara kedamaian, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran serantau.