Cari:
Bantuan Kecemasan Kerajaan China Tiba di Thailand
2011-10-13 11:57:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mula menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Thailand . Majlis penyerahan sumbangan daripada kerajaan China itu diadakan di Lapangan Terbang Don Muang, Bangkok yang disempurnakan oleh Duta Besar China ke Thailand, Guan Mu dan Menteri Kehakiman Thailand, Pracha Promnok. Mengikut keperluan kerajaan Thailand, pihaknya memerlukan segera bantuan bagi mengatasi bencana banjir.

Bagi membantu kerja-kerja menyelamat, China menyumbang sebanyak 64 buah bot, 64 buah enjin bot serta 60 set peralatan penulenan air. Guan Mu dalam majlis itu berkata, beberapa kawasan dilanda banjir yang teruk berikutan hujan lebat sejak Ogos lalu. Bantuan kecemasan bernilai RMB 10 juta disediakan sebagai tanda simpati dan keprihatinan kerajaan serta rakyat China terhadap kesengsaraan rakyat Thailand yang terjejas banjir.

Selain itu, kerajaan China juga menyediakan sumbangan wang tunai sebanyak USD 1 juta kepada akaun Tabung Bantuan Banjir di bawah Pejabat Perdana Menteri Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China