Cari:
China, Vietnam Mahu Damai di Laut China Selatan
2011-10-15 15:41:34 CRI Cetak

China dan Vietnam menyarankan hasrat untuk menyelesaikan pertikaian berhubung Laut China Selatan dan berusaha bersama-sama memelihara kedamaian di kawasan perairan tersebut. Hasrat bersama itu ditegaskan dalam Kenyataan Bersama China-Vietnam hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, China dan Vietnam akan mempergiat usaha ke arah penyelesaian isu Laut China Selatan dengan kaedah yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.

Di samping itu, kedua-dua negara bersetuju meneruskan rundingan tentang garis sempadan dan penerokaan bersama di kawasan perairan yang berhampiran Teluk Beibu.

Kedua-dua negara juga memberi jaminan untuk bersama-sama memelihara kestabilan di Laut China Selatan, dan mengelakkan tindakan yang merumitkan situasi.

Kenyataan bersama itu juga berbunyi, China dan Vietnam menentang sebarang kuasa asing yang berniat menjejaskan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China