Cari:
Barang Bantuan China Tiba di Phnom Penh
2011-10-16 14:25:45 CRI Cetak

Sebahagian barang bantuan kerajaan China kepada Kemboja telah diangkut di Phnom Penh, ibu negaranya semalam, dan bakinya akan tiba hari ini.

Duta Besar China ke Kemboja, Pan Guangxue dalam upacara penyerahan barang bantuan tersebut berkata, pada dua bulan kebelakangan ini, sebahagian kawasan Kemboja dilanda banjir yang turut membawa kerugian yang besar kepada negara itu. Untuk membantu rakyat Kemboja, kerajaan China memutuskan menyumbangkan barang bantuan kemanusiaan yang bernilai 50 juta RMB.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Penyelamatan Bencana Kebangsaan Kemboja, Nhim Vanda menyatakan terimakasih kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan yang dihulurkan tepat pada waktunya. Beliau berkata, bantuan China kepada negaranya paling besar dan segera. Ini mencerminkan hubungan kerjasama persahabatan tradisional kedua-dua negara yang semakin erat. Pihaknya yakin, barang bantuan China itu sangat berguna bagi Kemboja menghadapi bencana banjir dan melaksanakan kerja menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China