Pameran Pendidikan di China 2011 dirasmikan di Jakarta Indonesia semalam. Pengasas dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Indonesia, Halim Jusuf berkata, pameran itu sudah 9 kali diadakan dan menjadi jambatan untuk memudahkan pelajar Indonesia melanjutkan pengajian mereka ke China. Terdapat lebih seribu pelajar negara itu berhasrat melanjutkan pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi di China.
Menurut Halim, bahasa Mandarin sudah menjadi trend untuk dipelajari di Indonesia sekarang. Malah Kementerian Pendidikan Indonesia menggalakkan bahasa Mandarin dimasukkan dalam kurikulum sekolah.
Beliau yakin pameran itu dapat meningkatkan persahabatan dan pertukaran pendidikan antara kedua-dua negara.
Pameran kali ini turut disertai oleh institusi pengajian tinggi China termasuk Universiti Sains Politik dan Undang-undang China, Universiti Pertanian China, Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, Universiti Perubatan Tradisional Tianjin, Pusat Perkhidmatan Pengajian Luar Negara Kementerian Pendidikan China dan lain-lain.