Cari:
Patuhi Deklarasi, Selesai Isu Pertikaian Laut China Selatan
2011-10-18 15:12:23 CRI Cetak

Pertikaian di Laut China Selatan perlu diselesaikan oleh negara-negara terlibat mengikut persetujuan yang dicapai bersama. Konsensus antara China dan negara ASEAN terbabit terkandung dalam Deklarasi Mengenai Tatacara Pihak Berkenaan di Laut China Selatan yang meletakkan rundingan sebagai mekanisme penyelesaian.

China berpendapat deklarasi tersebut perlu dipatuhi secara menyeluruh.

Demikian ditegaskan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Liu Weimin.

Beliu turut menyentuh mengenai lawatan Menteri Luar Jepun, Koichiro Genba ke tiga negara Asia Tenggara untuk mencadangkan kerangka kerja pelbagai hala bagi menyelesaikan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Lu Weimin melahirkan harapan agar negara ketiga yang tidak terlibat dalam pertikaian itu dapat memberi sumbangan yang boleh mewujudkan keamanan dan kestabilan di kawasan terbabit. Mereka juga diharap menyokong dan menghormati agar negara yang terbabit dalam isu tuntutan itu menyelesaikannya melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China