Cari:
Persetujuan China-Vietnam Tiada Kaitan dengan Negara Lain
2011-10-18 15:48:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Liu Weiming berkata rundingan antara China dan Vietnam dalam isu Laut china Selatan tiada kaitan dengan negara lain.

China berharap negara ketiga menghormati persetujuan itu untuk menyelesaikan isu melalui rundingan dua hala.

Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu semasa lawatan Setiausaha Agung Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong ke China baru-baru ini.

Persetujuan itu terkandung dalam perjanjian prinsip asas isu Laut China Selatan yang ditandatangani bersama.

Liu Weiming berkata, kenyataan bersama antara China dan Vietnam menunjukkan parti dan rakyat kedua-dua negara mengamalkan muafakat bestari demi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan sejagat.

Ini amat bermakna untuk menggalakkan hubungan yang lebih sihat dan stabil untuk masa panjang.

Bagaimanapun, Kerajaan Filipina baru-baru ini mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan rundingan multilateral bukan dua hala untuk menyelesaikan isu tersebut.

Menyentuh pendirian seumpama itu, China berharap pertikaiannya dengan Filipina juga harus diselesaikan melalui rundingan langsung kedua-dua negara. Filipina telah sedia maklum mengenai pendirian China dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China