Persatuan Persahabatan Luar Rakyat China (CPAFFC) dan Kedutaan Besar Brunei Darussalam di China mengadakan jamuan makan malam di Beijing semalam. Ia untuk menyambut ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Naib Pengerusi CPAFFC, Feng Zuoku berkata, hubungan kerjasama China dan Brunei berkembang baik dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, dan kebudayaan sejak hubungan diplomatik terjalin pada tahun 1991. Kedua-dua negara bersepakat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala demi kepentingan bersama dan serantau.
Majlis itu turut dihadiri oleh kira-kira tiga ratus wakil dari pelbagai lapisan masyarakat dari kedua-dua negara.