Memorandum Persefahaman, MOU antara Brunei dan China dalam bidang kebudayaan, belia dan Sukan amat signifikan kepada hubungan rapat antara kedua-dua negara. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam, Pehin Hazair Abdullah berkata, lebih memberangsangkan apabila mendapat jaminan daripada kerajaan China untuk melatih para athletnya bagi menggilapkan masa depan yang cerah dalam bidang kesukanan.
Beliau berkata: Melalui kebudayaan dan sukan, akan dapat memberi persefahaman dan apresiasi di antara kedua-dua negara . Ini adalah bagi kepentingan bersama Brunei dan China. Melalui kebudayaan, kita melaksanakan pelbagai program pertukaran, seperti program lawatan. Begitu juga dalam bidang sukan.. Brunei telah mendapat satu jaminan daripada pihak China untuk menyediakan latihan dan kemahiran jurulatih kepada Brunei. Itu adalah satu perkembangan yang begitu baik, terutama sekali kepada golongan muda yang dianggap aset paling berharga kepada kedua-dua negara. Mereka sebagai pemimpin masa depan, akan meneruskan kesinambungan hubungan Brunei dan China.
Pehin Hazair berkata demikian dalam temuramah ekslusif dengan wartawan CRI di Beijing. Beliau ditemui sempena Jamuan Makan Malam bagi Menyambut ulang tahun ke 20 Hubungan Diplomatik antara Brunei dan China. Menurutnya, beliau juga mempelawa lebih banyak pelatih dari China ke Brunei untuk membantu mengembangkan sukan di negara Brunei Darussalam.
Mengenai sambutan ulang tahun ke-70 CRI, kerajaan Brunei berharap CRI akan mengukir lebih banyak kejayaan. Menurutnya, CRI akan menjadi wadah kepada d hubungan di antara China dengan negara-negara jiran, terutama sekali negara yang berbahasa Melayu. Dengan cara itu, persefahaman dan apresiasi mengenai China, boleh diketahui dalam kalangan ASEAN.