Cari:
Latihan Diplomat 10+3
2011-10-19 15:09:45 CRI Cetak

Program Latihan "Mengenali China" untuk para diplomat dari negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (10+3) berakhir di Beijing semalam.

12 peserta dari lapan negara anggota Asean yang mengikuti program tersebut bertujuan untuk lebih memahami negara China.

Rata-rata mereka berkata, usaha akan dipergiatkan lagi bagi meningkatkan hubungan kerjasama antara ASEAN dengan China.

Aktiviti seumpama itu merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan dan Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU).

Program sebulan itu mendedahkan para diplomat mengenai aspek politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan luar China. Mereka turut melawat beberapa bandar yang bersejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China