Datuk Seri Mustapa Mohamad merasmikan sebuah restoran Malaysia di Beijing.
Malaysia dan China bersetuju melaksanakan pelan lima tahun untuk meningkatkan kerjasama dan pelaburan kedua-dua negara. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, beberapa bidang baharu sedang dikenalpasti bagi merangsang pertumbuhan perdagangan bilateral. Ini termasuk membangunkan keupayaan pekilangan di Taman Industri di Qinzhou, Guangxi, di Selatan China.
Menurutnya, persetujuan itu dicapai dalam pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari China Chen Deming sempena mesyuarat Perdagangan Malaysia China ke 9 di Beijing. Dalam mesyuarat itu beberapa isu dibincang termasuk isu sarang burung Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.
"Saya berpuashati dengan lawatan kali ini. Minat pelabur China semakin meningkat lebih-lebih lagi hubungan baik antara PM Malaysia dengan Wen Jiabao. Banyak perkara dipersetujui termasuk mengenai isu sarang burung. Kami bersetuju adakan perbincangan dengan Badan di china dalam harap dapat selesaikannya."Kata beliau.
Datuk seri Mustapa kini dalam rangka misi pelaburan dan perdagangan ke beberapa Bandaraya utama di China Selain Beijing, beliau turut melawat Chengdu, Sichuan dan akan menghadiri Ekspo China Asean di Nanning. Malaysia merupakan negara kehormat dalam ekspo tersebut. Beliau juga memberitahu, Taman Industri Qinzhou antara malaysia dan China diutarakan semasa lawatan Perdana Menteri Wen Jiabao ke Malaysia, pada April lalu.
Datuk seri Mustapa juga yakin pelaburan dari China akan bertambah walaupun dunia menghadapi ketidak tentuan ekonomi. Ini kerana pertumbuhan ekonomi China yang berkembang pada 9.4 peratus diyakini masih kukuh dan akan memberi kelebihan kepada pelaburan Malaysia/. Menurutnya, Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar China di rantau Asean dan diiktiraf oleh China sebagai pintu masuk pelaburannya ke Asean. Beliau berkata,
"Ekonomi China masih mantap jika berbanding dengan Amerika dan Eropah. China masih lagi bertahan dan ini penting bagi Malaysia. China sekarang menggalakkan pelaburan diluar negara. Saya yakin pelaburan dengan China akan bertambah."