Ekspo China-ASEAN ke-8 yang bertemakan "Menjayakan Pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Berkongsi Peluang Kerjasama dan Pembangunnan" akan diadakan pada 21 hingga 26 Oktober di Nanning, Guangxi. 1,210 buah gerai pameran disediakan untuk peserta negara anggota ASEAN dan negara lain. Angka ini mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.
Menurut statistik Sekretariat China-ASEAN, dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, Ekspo China-ASEAN telah menarik penyertaan 265.4 ribu orang peniaga. Jumlah perdagangan mencecah 9.883 bilion USD, manakala jumlah pelaburan projek kerjasama antarabangsa serta domestik masing-masing mencapai 41.752 bilion USD dan 402.792 bilion USD.