Sebanyak 11 bandar dan provinsi dari 10 negara ASEAN dan China akan menyertai aktiviti tersebut, iaitu provinsi Hainan China, Negeri Johor Malaysia, Bandar Seri Begawan Brunei, Wilayah Ratanakiri Kemboja, Provinsi Papua Barat Indonesia, Wilayah Khoueng Champasak Laos, bandar Nay Pyi Daw Myanmar, bandar Puerto Princesa Filipina, bandar Singapura, bandar Khon Kaen Thailand dan bandar Hoi An dari Vietnam.
Sebagai negara tema ekspo kali ini, kerajaan Malaysia akan menyediakan pameran secara besar-besaran untuk mempamerkan potensi ekonomi dan budaya serta mempamerkan keistimewaan sumber pelancongan di negeri Johor.