Cari:
Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah di Melaka
2011-10-20 13:49:22 CRI Cetak

Sebuah lagi projek pelancongan akan didirikan di Melaka, Malaysia. Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah bakal dibangunkan di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung. Projek menelan belanja 132 juta Ringgit.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kampung tersebut dipilih kerana dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin. Perkampungan itu bakal dibina menerusi satu perancangan bersepadu menggabungkan indentiti budaya, seni bina dan tradisi.

Projek dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013.

Antara struktur baharu ang akan dibangunkan ialah Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, rumah tradisional Melayu, Muzium Hang Tuah, auditorium, balai adat dan pentas kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China